top of page

2.    Timbalan Ketua Pengawas Ι



2.1  Membantu Ketua Pengawas dalam urusan berkenaan disiplin semua pengawas

2.2  Menganjurkan Bengkel Tugasan Harian untuk semua pengawas dan kadet pengawas

2.3  Mengelolakan Mesyuarat Agung Tahunan Sesi Baru dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas

2.4  Menjadi Pengerusi bagi Malam Pengawas(AGG)

3.  Timbalan Ketua Pengawas ΙΙ


3.1  Membantu Ketua Pengawas dalam urusan kebajikan semua pengawas
3.2  Menguruskan penyelenggaraan Sistem PA mudah alih serta Sistem PA di Dewan
3.3  Menguruskan blazer, tali leher dan segala aset pengawas serta keperluan Bilik Pengawas
3.4  Merancang perkembangan prasarana (kemudahan fizikal) Bilik Pengawas
3.5  Menyimpan rekod inventori barangan yang dipesan menerusi peruntukan kerajaan
3.6  Ketua Operasi Spot Check dan Bengkel Spot Check bagi Pengawas
3.7  Menjadi Pengerusi Pengelolaan Orientasi Pengawas dan Orientasi Kadet Pengawas

4.  Timbalan Ketua Pengawas ΙII (Ketua Puteri SHS)

 

4.1  Membantu KP dan TKP I dalam urusan disiplin pengawas terutama pengawas puteri

4.2  Menyelaraskan rekod aktiviti dan laporan program bagi semua aktiviti Lembaga Pengawas dan Biro

4.3  Menjadi Ketua Penyelaras bagi semua aktiviti dan program Lembaga Pengawas

4.3  Mengumpulkan dan menyimpan semua foto aktiviti Lembaga Pengawas dalam bentuk ‘soft copy’

4.4  Menjadi Timbalan Pengerusi bagi Program Orientasi Pengawas dan Orientasi Kadet Pengawas

4.5  Menjadi Penolong Ketua Operasi Spot Check and Bengkel Spot Check

4.5  Menjadi Ketua Puteri bagi Kelab Puteri bagi semua pelajar perempuan Tingkatan 6

5.   Penolong Ketua Pengawas I (Setiausaha Kehormat) (Timbalan Ketua Puteri SHS)

 

5.1   Bertanggungjawab dalam segala urusan surat-menyurat dan notis Lembaga Pengawas

5.2   Menyimpan semua data dan rekod kehadiran Pengawas bagi semua aktiviti Pengawas

5.3   Mencatat minit mesyuarat am, mesyuarat konsul dan mesyuarat / perjumpaan khas

5.4   Melapor dan memaklum kepada guru penasihat tentang aktiviti / mesyuarat / perjumpaan

5.5   Mengemaskini rekod dalam Buku Ko-Kurikulum Lembaga Pengawas dari semasa ke semasa

5.6   Bertanggungjawab untuk mengumpulkan segala rekod aktiviti dan dokumen yang perlu bagi melengkapkan
        Buku Rekod Ko-Kurikulum bagi Lembaga Pengawas dan Persatuaan Pengawas Sekolah, 

5.7   Menjadi Timbalan Ketua Puteri I bagi Kelab Puteri

6.  Penolong Ketua Pengawas II (Bendahari Kehormat)

 

6.1    Menyediakan Bajet Tahunan Lembaga Pengawas

6.2    Menyediakan Penyata Kewangan Bulanan dan Akaun Tahunan Lembaga Pengawas 

6.3  Menguruskan perbelanjaan dan kutipan bagi kewangan Lembaga Pengawas  

6.4  Mengutip yuran tahunan dan yuran penyertaan aktiviti Lembaga Pengawas

6.5  Mengutip bayaran tag nama pengawas, kemeja-T dan Buku Suara Lasallian Lembaga Pengwas

6.6  Merancang pesanan tag nama pengawas dan tag nama emas Konsul Pengawas sesi baru

6.7  Menjadi Pengerusi Pengelolaan Lawatan Sambil Belajar(Jika ada peruntukan)

7.  Konsul Keselamatan

 

7.1  Ketua Biro Keselamatan Lembaga Pengawas (Unit Trafik , Unit Pemantauan dan Unit Penyelenggaraan)

7.2  Menguruskan perancangan dan kawalan lalulintas semasa majlis rasmi dijalankan di sekolah

7.3  Menguruskan permohonan dan pengeluaran pas kenderaan pelajar di sekolah

7.4  Memantau dan menyelenggarakan kawasan perletakan kenderaan serta keadaan jalan rayadi sekolah

7.5  Membantu Jawatankuasa Keselamatan Sekolah dalam pemantauan keselamatan di kawasan sekolah

7.6  Mengatur Jadual Tugas Pemanatauan Keselamatan Sekolah yang dikendalikan oleh semuaPengawas

       (memantau 1 kali dalam 2 minggu) dan melaporkan kepada Ketua Jawatankuasa Keselamatan Sekolah

7.7  Mengumpul kutipan bayaran perkhidmatan trafik menerusi Guru Penasihat Biro Keselamatan

7.8  Menjadi Pengerusi Penganjur bagi satu program utama Lembaga Pengawas

7.9  Menjadi Pengerusi Kelab Keselamatan Jalan Raya

8.  Konsul Penerangan

 

8.1  Ketua Biro Penerangan (Unit Siaran, Unit Dewan dan Unit Penerangan Khas )

8.2  Bertanggungjawab terhadap Sistem P.A di Bilik Pengwas

8.3  Menguruskan Program Siaraya Sekolah dan Bacaan Doa setiap hari persekolahan

8.4  Membantu dalam pengurusan sistem P.A dan segala persediaan berkenaan Perhimpunan Sekolah dan

       Majlis Rasmi

8.5  Memantau dan menjaga keceriaan dan kebersihan Dewan Centenary Sekolah

8.6  Melaporkan segala kekurangan dan kerosakan berkenaan peralatan di Dewan Centenary

8.7  Mencatat dan menyimpan rekod minit perhimpunan sekolah

8.8  Bertanggungjawab dalam papan notis SHS Red Army di depan Bilik Pengawas
 

( Cadangan : Thought of The Week , Character Qualities , Sejarah Negaraku, Sejarah Jalur Gemilang,

Notis Pencegahan Penyakit Berjangkit, Sejarah Perkembagan Lembaga Pengawas SHS , Sudut Informasi

Kemanusiaan seperti Kisah Benar , Tokoh SHOSA , Tokoh Old Boy dan lain-lain yang berkenaan)

9.  Konsul Pendidikan

 

9.1  Ketua Biro Pendidikan (Unit Akademik, Unit Anugerah dan Unit Data Merit-Demerit)

9.2  Menguruskan Program Insentif Akademik Pengawas yang dibiayai oleh pihak sekolah
 

       ( Purata Markah bagi Ujian Sekolah Ke-3 & 4 – Keputusan Ranking Keseluruhan boleh diperolehi daripada              Guru Penasihat Biro Pendidikan menerusi School Management System (SMS) melalui saluran E-Report                Card , Enquiry dan Top Student (Normal Exam) )

 

9.3  Menguruskan Sijil Anugerah Pengetua bagi Pengawas Cemerlang dan Pengawas Contoh 

9.4  Mengatur jadual tugas kemasukan markah merit-demerit pelajar sekali dalam dua minggu bagi membantu

       Lembaga Disiplin Pelajar memantau dan mengemaskinikan data disiplin pelajar.  

9.5  Menguruskan keceriaan Sudut Bacaan Bilik Pengawas dan memperkayakan bahan bacaan

9.6  Menjadi Pengerusi Penganjur bagi satu program utama Lembaga Pengawas

9.7  Menjadi Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah

10.  Konsul Multimedia

 

10.1  Ketua Biro Multimedia (Unit Web, Unit Publisiti dan Unit Rekaan)

10.2  Menguruskan Web Rasmi Lembaga Pengawas menerusi Web Sekolah -http://www.shssibu.com.my/

10.3  Menguruskan Presentasi Slide Show bagi Perhimpunan Sekolah dan presentasi Lembaga Pengawas

10.4  Menganjurkan Pertandingan Rekaan Kemeja-T Lembaga Pengawas

10.5  Bertanggungjawab dalam penerbitan Buku Suara Lasallian Lembaga Pengawas

10.6  Menguruskan Slide Show Power Point semasa perekrutan pengawas sesi baru.

( Sumber Power Point boleh merujuk kepada guru penasihat)

**PERINGATAN : TIMBALAN KETUA PENGAWAS I dan TIMBALAN KETUA PENGAWAS III bertanggungjawab untuk memastikan SEMUA pengawas tahu menyanyi lagu THE SCHOOL RALLY, menyatakan VISI DAN MISI SEKOLAH serta VISI DAN MISI LEMBAGA PENGAWAS. ** 

Bidang Kuasa & Tugas

1.  Ketua Pengawas



1.1  Lambang Kewibawaan Lembaga Pengawas

1.2  Mengatur jadual tugas harian semua pengawas

1.3  Bertanggungjawab terhadap segala urusan dan aktiviti Lembaga Pengawas

1.4  Ketua Komander bagi Kem Pengawas

1.5  Memimpin pengawas membantu dalam pengelolaan Hari Ucapan Sekolah pada akhir tahun

bottom of page